Sunday, August 28, 2011

hati-hati



assalamualaikum..

sempena menyambut hari raya aidul fitri nih, yeop nak nasihatkan kepada diri yeop sendiri mahupun kawan-kawan yang tersayang supaya berhati-hati di jalan raya..maklumlah skang nih memang ramai yang tengah 'on the way' balik ke kampung yang dirindui..kalau balik dengan family, pastikan abah korang dapat rehat yang secukupnya supaya tak ganggu perjalanan nanti..biar kita lambat sampai ke destinasi, jangan sampai nyawa insan yang tersayang melayang disebabkan kecuaian diri kita sendiri..huhu..sedara-mara di kampung menunggu dengan penuh kesabaran menanti ketibaan kita..jadi, jangan biarkan mereka mendapat berita bahawa kita terlibat dalam kemalangan..sebelum nak memulakan perjalanan tu, eloklah kita membaca doa menaiki kenderaan terlebih dahulu...mohon Allah melindungi perjalanan kita sehinggalah tiba ke destinasi..

jadi, sesiapa yang dah sampai kat kampung tu, kirimkan salam yeop kat tok dan nenek yea..hehe..jangan lupa gunakanlah peluang yang ada tu dengan sebaik-baiknya..maklumlah, bukan senang semua sedara-mara dapat berkumpul sama-sama..jangan nak 'selfish' pulak..nanti kita tak kenal sedara-mara kita sendiri..

rasanya setakat tu jea kowt..harap-harap Allah memberkati perjalanan kita..wassalam dan selamat hari raya maaf zahir dan batin !


0 comments:

Post a Comment