Sunday, February 10, 2013

Sunnah menyimpan janggut

Janggut selalunya tumbuh di bahagian dagu dan pipi. tahukah anda bahawa menyimpan janggut ini sunnah Rasulullah S.A.W yang sangat dituntut kepada kaum Adam ?

Rasulullah menggalakkan Muslimin sekalian menyimpan janggut dengan ukuran lebih kurang segenggam. Rasulullah bersabda, mafhumnya :

" Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang meliputi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat. "  ( Riwayat Muslim )

Hukum mencukur janggut mengikut mazhab Syafi'i adalah MAKRUH. Namun kita dibolehkan menipiskan janggut agar ia berada dalam keadaan terurus dan kemas.

Kelebihan menyimpan janggut :

1. Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.

2. Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria.    Oleh sebab itu, ia boleh melindungi seseorang daripada jerawat.

3. Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.

4. Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang lebih bijak.

5. Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi.

6. Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan seperti asma.

7. Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang berbahaya dan pencemaran udara.

8. Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.

Kekurangan mencukur janggut :


Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semulajadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka.
  
  Kesimpulannya, Jom kita amalkan sunnah Nabi kita. Sesungguhnya setiap amalan Nabi banyak manfaatnya dan faedah. Malah dikurniakan pahala daripada Pencipta kita. InsyaAllah. Selamat BERAMAL :)

Gen-Q | Edisi ke-17





0 comments:

Post a Comment