Post kali nih Yeop nak bagitau yang Yeop dah dapat keputusan UPU ! Yeop bersyukur sangat2 sbb Allah dah beri jawapan kepada persoalan Yeop selama nih. Jadi 2 Jun nih Yeop dah nak masuk U. Bersiap sedialah untuk bergelar seorang mahasiswa yang berjaya.
Matlamat Yeop kat sana nanti Yeop nak tebus balik keputusan SPM Yeop yang tak memberansangkan tu. Yeop nak pastikan setiap exam semester, Yeop dapat capai pointer 3.50 keatas supaya Yeop boleh dapat DEKAN dalam kos Yeop nanti. Amin. Maklumlah. masa SPM Yeop banyak sangat main. Tak amik peduli pasal exam la, tidur dalam kelas, masuk kelas lambat setengah jam, dan macam2 lagi la. HEHE.
Yang paling penting Yeop mesti capai matlamat Yeop untuk menjadi insan yang berguna di DUNIA mahupun AKHIRAT. Jangan dok sibuk pasal dunia je, akhirat kita abaikan. Kalo camtu memang susahla. Allah dah cakap dalam Al Quran sape yang kejar dunia, akhirat akan lari. tapi sape yang kejar akhirat, dunia datang kat kita. lebih kurang camtu la.
Jom kita terjah pulak tempat Yeop nak sambung belajar ! UiTM Seri Iskandar. Memang menarik tempatnya. Sebelum nih pun Yeop dah pernah pergi 2 kali. First sekali masa semua cawangan UiTM ada buat pameran pasal dorg. Pastu kali kedua Yeop pi Interview kos Yeop kat sini dengan Fadily. Alhamdulillah interview tu Yeop LULUS dan inilah hasilnya ! HEHE
Gambar yang kat sebelah kiri ni lah bakal tempat Yeop sambung belajar. Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. Yeop amik Diploma Senibina Lanskap. Yeop cadang bila habis diploma 3 tahun, Yeop nak sambung degree 2 tahun pastu amik master plak. Papepun setiap kejayaan atas usaha kita sendiri jugak. Jadi, Yeop memang kena fokus betul2 la dalam kuliah nanti. HEHE.
K la, rasanya setakat nih je Yeop nak menaip. Buat kawan2 Yeop yang kat luar sana, terutamanya yang tak dapat tawaran u lagi, korang sume janganlah sedih ye. Mungkin Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik daripada perancangan korang. Seperti yang kita tau, Manusia hanya mampu merancang, Tapi Allah la yang menentukan segala-galanya. Akhir kata, semoga setiap perjalanan hidup kita diberkati dan drahmati olehNya. Aminn ~
good luck yeop :) semoga sentiasa masuk Dean's list :)
ReplyDeleteAminnn. kau pown sme :)
DeleteAllah tebus kekecewaan ko dengan ni :)
ReplyDeleteso,good luck yeop!
Alhamdulillah winwin. thankz ye. Ko pun sme, gud luck jgak ! :)
Deleteyeop kalau aku g utp, boleh ler kau blanje aku kat sri iskandar tu.7minit je pun. HAHA
ReplyDeleteHAHA. yela, ko kan x nak pi UTP ! nak amik medic jgak. camne ak nak blanja ko nanti. HAHA
DeleteOitz! Org tag laa blog aku.. nanti boleh laa tambah trafik blog aku.. lol >_<
ReplyDeletehttp://fadily.blogspot.com/
HAHAHA. saje nak tambah friendlist ko kat FB . haha
DeleteIsh! Tak payah~ Kat blog aku tu sume ade.. facebook, twitter, formspring, etc. =="
ReplyDeleteeceehhhh. tau la skang dye dah POPULAR ! HEHE
DeleteGood Luck Yeop!
ReplyDeleteBlaja rajin2 kat sane ye.
Jgn main2 macam kt skolah dulu XD