Friday, December 30, 2011

PERKONGSIAN ILMU

Assalamualaikum :D

Alhamdulillah tadi sempat jugak yeop pi dengar Forum Perdana Ehwal Islam dekat Dataran Medan Selera Lenggong..ramai jugak orang Lenggong turun padang bagi menyaksikan forum tersebut..maklumlah bukan senang kita nak memupuk ukhwah macam nih..tadi cuma ada 3 orang panel jea yang mengupas mengenai MAKANAN HALAL DALAM KEHIDUPAN..walau cuma 3 orang panel yang mengeluarkan kata2, tetapi ia tetap penuh dengan pelbagai informasi yang menarik dan juga berguna dalam kehidupan seharian kita..

Apa yang menariknya tadi ialah yeop dapat menonton secara langsung salah seorang peserta IMAM MUDA memberikan hujahnya mengenai makanan halal iaitu Imam Muda Aran..Beliau merupakan salah seorang daripada 3 panel tersebut..sebelum nih yeop just tengok dalam kaca tv jea..tapi tadi Alhamdulillah jugak lah sebab berpeluang melihatnya di depan mata sendiri..memang sangat excited la bila mendengar hujahnya..hehe

Antara isi2 yang dibincangkan tadi ialah makanan yang baik ataupun halal merupakan satu aset penting dalam kehidupan seharian kita..hal ini kerana ia membentuk peribadi sahsiah seseorang..selain itu, ibu bapa perlu memberikan kepada anak2 rezeki yang halal kerana anak2 yang soleh dan solehah lahir daripada sumber makanan yang baik..bahkan kepentingan mengambil makanan yang halal adalah sangat dititikberatkan dalam agama Islam supaya segala doa yang diminta oleh kita diterima oleh Allah SWT.

jadi harap2 kita lebih peka dalam bab2 pemakanan nih kerana setiap makanan yang masuk dalam tubuh badan kita akan menjadi darah daging kita..dan ingatlah orang yang makan makanan yang haram ataupun sumbernya haram, api neraka tak sabar2 nak sambar badan tersebut..

cukuplah setakat tu perkongsian yeop pada malam nih..mata yeop pun dah makin mengecil..hehe..jadi apa yang baik kita amik teladan dan apa yang buruk kita tinggalkan..dan apa yang kurang ataupun tersalah yeop mintak maap banyak2..

~ Insya Allah ~



0 comments:

Post a Comment