Sunday, January 1, 2012

ITS TIME TO PLKN !

Assalamualaikum ..

Nampaknya yeop kena stop dulu berblogging buat masa sekarang nih..sebab yeop kena sertai Program Latihan Khidmat Negara dekat Kem Desa Rimba Sauk Kuala Kangsar..papepun Alhamdulillah sangat2 sebab kem tu tak berapa jauh dari tempat tinggal yeop..cuma amik masa dalam 30 minit jea nak sampai ke kem tu dari rumah..

kalo tak silap yeop, 17 Mac baru yeop tamat latihan dekat situ..papepun doakan yeop dan kawan2 yeop selamat menjalani latihan dekat kem tu..harap2 segalanya berjalan dengan lancar dan teratur..masa nih jugak nak latih diri yeop lebih berdisiplin lagi dalam menjalankan tugas.. maklumlah kita sebagai seorang manusia yang serba kekurangan kenalah banyak memperbaiki kelemahan kita supaya di lain hari kita takkan ulangi kesilapan yang pernah kita lakukan..betul tak ?  haha

oke lah, yeop pun dah ngantuk nih..sebelum yeop terlambat, selamat menyambut tahun baru..kita doakan agar tahun nih lebih banyak keberkatan dan rahmat dari tahun2 sebelum nih..jaga diri baik2 tau :D

sebelum yeop terlupa, jom kita layan jap lagu rasmi PLKN nih..hehe


Wira Wirawati Harapan Bangsa
Tiba Masa Kita Berjasa
Kita Sahut Cabaran Begerak Seiringan
Demi Mencapai Wawasan

Kenali Rakan Pelbagai Budaya
Selami Warisan Kita yang Kaya
Bersama Bergandingan Tiada Perbezaan
Kita Warga Malaysia

Berkhidmat Untuk Negara
Berbakti Penuh Setia
Satu Hasrat Satu Semangat Satu Tekad Bersama

Kami Wira Wirawati Negara
Kini Masa Kami Berjaya
Kami Sahut Cabaran Bergerak Seiringan
Kami Pasti Mencapai Wawasan

Kita Sahut Cabaran
Bersama Bergandingan
Berkhidmat Untuk Negara..MALAYSIA!

TERBAEEKKK !!



3 comments:

  1. Good luck!! :D bersyukur la dapat tempat plkn yg dekat~ selamat menimba pengalaman baru :) naty kuar plkn terus dapat result spm~

    ReplyDelete